THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

widgeo.net

Wednesday, December 15, 2010

Skandal tututut..



ni first tyme aku post ttg skandal..pelik..nama blog "aku skandal dan ...." tp xpenah post ttg skandal...
skandal ni sbnrya bermula sejak kita dlm perut mak kita lg..tp masih ramai yg xtahu apa itu skandal.skandal ni kalau menurut DBP,perkara atau perbuatan yg keji (memalukan dsb) yg Align Centerbiasanya menimbulkan kemarahan orang lain..
skandal ni kadang blh buat org happy dan wat org sedih..
tp yg paling byk ialah wat org sedih..
ramai yg terkena skandal ni tertekan lalu buat benda yg pelik2..antara org yg paling byk kena skandal ialah artis, ahli politik, atlet dan org2 yg popularla.ulama atau pendakwah pn xlari dari kena tempias skandal ni..tp dlm post ni, aku xnk bincangla ttg skandal artis dan sebagainya ni..depa dah byk skandal dah..
kita bincang skandal org2 biasa sudah..


sbb apa aku kata skandal ni dari perut mak kita lagi?? org tua zaman dulu, tyme mak kita mengandungkan kita, dy jumpa kwn2 dy, tyme 2 kawan dy ckp "nnt dah besar anak ko, blhla kita berbesan" mak kita pn jawab dgn rela hati "ha, blh sgt la 2..anak ko anak laki, anak aku anak pompuan"..itulah yg d namakan skandal perut..
kadang2 masin mulut mak kita ni..


tyme kita sekolah plk..kwn kita ni pantang nmpk kita baik ngan pompuan, mula la diorg pasang jarum.kata kita berkenan la..
kita xberkenan pada awalnya tp bila hari2 kwn duk ckp cm2, mula la berkenan kita dekat dy 2..yg ni d namakan skandal monyet..
sbb kecik2 dah pandai bercinta..igt tyme dulu2,
kalau berkenan, tulis surat..surat cinta punya la wangi..
letak bedak mak habis satu botol dlm 2..
habis bedak mak kita tp awek xdapat2 jgk..aduhla..
mcm2 tyme kecik dulu tp skrg dah maju..
bdk sklh rendah pn dah pakai enset..
2 yang gejala sosial makin bertambah..
cikgu2 jgkla yg pening...


ok..bila masuk sklh menengah, skandal ni xsurut2...
skandal d timbulkan oleh org yg dengki tgk kebahagiaan kita..
kalau nk ckp nak..xyah duk malu2...
tp sbnrya best jgk skandal tyme ni..
cz tyme ni la tyme yg paling afdal utk kita berseronok..
awek or pakwe ramai2 pn sape kisah..
itukan semua cinta monyet..lepas je habis sklh, semua putus..
berapa kerat je yg kekal..aku teringat tyme form 5 dulu,
pihak sekolah buat keluar list name bdk kls aku yg kapel...bengong ke apa?? tp kadang2 betul gk apa yg pihak sklh buat..
xmo bdk2 terjebak dgn gejala sosial tp masalahnya bdk kls lain yg duk berkepit ke hulu ke hilir xkena..
yg xpenah jumpa, xpenah kapel kena..xpasal2 ada sorg kawan aku 2 kapel lepas nama dy naik dgn sorg lagi..tp xkekal jgk..
yang aku nmpk kekal hanya lah bercinta selepas SPM..
2 yg kekal lagi sampai skrg..tp yang paling aku suka ialah
..BERCINTA SELEPAS BERKAHWIN..
skandal IPT kita sambung d lain post..
..salam..

Penjara lima bintang




AMMAN (Nasser Qamas)
Nama Puncak Salhoub tidak lagi dikaitkan dengan salah satu hutan tercantik di Jordan berikutan pembinaan sebuah penjara ‘lima bintang’ yang telah mengubah lanskap hutan simpan semulajadi itu.

Bandar Salhoub, utara ibunegara Amman, sekarang menjadi kawasan yang menempatkan kemudahan penjara ‘mewah’ sekaligus membayangi statusnya sebagai salah sebuah hutan pine terkenal yang semakin dilanda kepupusan.

Penjara itu, yang menjadi ‘rumah’ kepada 60 orang banduan, dibina secara ekslusif untuk para pegawai, ahli perniagaan, dan orang kenamaan yang dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan jenayah dan etika.

Penjara Salhoub menjadi tajuk utama akhbar-akhbar apabila ia menempatkan beberapa orang tokoh terkenal yang didapati bersalah oleh Mahkamah Keselamatan Negeri dalam kes rasuah Kilang Penapisan Petroleum Jordan. Banduan terbaru termasuklah tiga bekas pegawai dan seorang ahli perniagaan; semuanya didapati bersalah kerana terbabit dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Pihak kerajaan memutuskan untuk mengasingkan banduan-banduan golongan kenamaan ini bagi melindungi mereka dari ancaman banduan-banduan di penjara biasa.

Keputusan itu dibuat susulan ketua Jabatan Perisikan Am, Samih al- Battikhi, yang beberapa kali diserang oleh banduan-banduan di sebuah penjara. Beliau dijatuhi hukuman lapan tahun penjara atas kesalahan rasuah dan penipuan bank dan dimasukkan ke penjara pusat Swaqa, tetapi kemudiannya diasingkan kerana sering menjadi sasaran serangan.

Menurut pihak berkuasa Jordan, dari aspek hak-hak keistimewaan, penjara Salhoub tidak berbeza dari penjara-penjara lain. Perbezaan utama adalah penjara Salhoub hanya menempatkan 60 banduan, sementara penjara-penjara lain berkapasiti minimum 1,000 orang pesalah atas pelbagai kesalahan jenayah, kata Mohamed al-Khatib, jurucakap polis Jordan.

“Selainnya, memang tiada keistimewaan tambahan,” katanya kepada AlArabiya.net. “Tinggal di penjara Salhoub adalah percuma dan bukannya dikenakan $200 sehari seperti yang gembar-gemburkan, dan banduan-banduan makan tiga kali sehari iaitu sama seperti di penjara lain.”

Khatib menjelaskan yang pihak mahkamah berkuasa penuh menentukan penjara untuk pesalah-pesalah tetapi pihak pentadbiran penjara pula mempunyai hak untuk memindahkan banduan-banduan ke penjara lain jika terdapat ancaman yang boleh membahayakan nyawa mereka.

Bagaimanapun, beberapa orang saksi memberitahu yang penjara itu terdiri daripada villa yang dikelilingi taman. Setiap villa menempatkan dua orang banduan.

Penjara tersebut bukan sahaja dibina mengikut model hotel lima-bintang, tetapi juga menepati piawaian keselamatan antarabangsa kerana dikelilingi pagar elektrik dan dikawal ketat.

Sebaliknya, penjara-penjara lain semakin sesak di samping perkhidmatan kesihatan yang kian meruncing serta aktiviti-aktiviti hiburan yang terhad.

Penjara-penjara di Jordan sejak dua tahun kebelakangan ini meraih perhatian media kerana kerap terjadinya rusuhan banduan yang memprotes keadaan penjara yang teruk.

Menurut sumber keselamatan, penjara Salhoub dibangunkan beberapa tahun lalu bagi menempatkan tokoh-tokoh terkenal dari negara-negara Arab, terutamanya selepas Amerika menakluki Iraq pada 2003.

Bagaimanapun, atas sebab-sebab tertentu ia tidak dapat dijadikan penjara politik, dan kemudiannya digunakan untuk memenjarakan orang-orang kenamaan yang mampu membayar untuk tinggal di situ, termasuk memilih makanan mereka sendiri.

Menurut beberapa pertubuhan hak asasi manusia, penghuni penjara biasa terdedah kepada siksaan dan penganiayaan, sementara pentadbiran penjara Salhoub pula member jaminan bahawa keselamatan penghuninya sentiasa dilindungi.

(Translated from the Arabic by Sonia Farid)

Tuesday, December 14, 2010

Jom buat perubahan

R E N U N G-RENUNGK A N:

1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.

2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow....

5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...

6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..

8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour...

9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)---- laut dalam (sewa bot mewah)....... Kalong


..... T E T A P I...

KITA JUGA LUPA....
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA....


DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT
ADALAH PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...


SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAAN UNTUK MATI'

Umpamanya:

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan....

3) Bangi ---- madinah ---- mekah---

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/

5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/masjid. ....

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU......

7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majalah/surat khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.


8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.


Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan... . .

Contohnya:

1. Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......

2. Kalau dulu tak kenal DANGDUT/ KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

3. Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. .. dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih
kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...



......infiniti. ......

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin..

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..

3.. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut
kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi
dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik..

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'


Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.'

Thursday, December 2, 2010

serabut seribu satu persoalan...


agak kaku dan pelik rasa... bila tiba2 aku teringin mahu meluah rasa semula di blog aku ni... ye, sengaja aku biar ia sepi, sengaja aku leka biarkan ia lengang....

bukan aku tiada ceritera tuk dikongsi, cuma nafsuku belum terbuka untuk meluah rasa... terlalu sibuk dengan hal duniawi yang entah, tiada kesudahan gilanya!

dan aku hampir gila untuk tidak menjadi gila...


haish!


banyak perkara yang aku pendam, banyak cerita yang aku telan... mungkin usia yang semakin memanjat ajal ni, membuatkan aku lebih rela berdiam dari mencanang perihal yang bosan pada sesiapa... dan ini mungkin telah mematikan rasa hati aku pada semua perkara.

BONEKA. itu aku!

marah! pedih rasa aku pendam dihempedu...
bengang! genggaman geram aku simpan disaku...
sedih! lara jiwa aku kesat dibantal lengan...

selagi ada akal yg menghulu diri.... takkan aku luluh dalam badai sendiri.
tolonglah aku sahabat! selamat aku dari diri aku sendiri!

tariklah aku!!!

aku kalah disini, biarlah..
aku tewas disini, biarlah..
aku tak pantas menghargai, biarlah..
aku tersadai disini, biarlah..
aku mahu sendiri, biarlah..
aku terus meratapi, biarlah..
aku terus meracun hati, biarlah..
aku terus geledah ruang sepi, biarlah..
aku mahu lalui, benarkanlah..
aku lara sendiri,biarlah..
kerana aku tahu...
hidupku, matiku..
aku masih punya seribu tanggungjawab tak terbagi..
masih banyak tangga perlu aku daki..
jasadku tidak mati..
selagi belum di panggil ilahi..
cuma hati tidak lagi mampu memberi..

Tuesday, November 23, 2010

LAMBORGHINI LIMITED EDITION
















Sunday, November 21, 2010

~~Untuk insan yang dijanjikan ALLAH untukKU~~



Meski pun ku masih menanti

siapa pun insan ini

ku harap ALLAH memberi cahaya menerangi jiwamu

walau dimana pun kau berada

kuharap ALLAH membuka lorong-lorong kebaikan untukmu

kuharap ALLAH membasahkan bibirmu mengalunkan ayat cinta pada-Nya

kuharap ALLAH meringankan kakimu melangkah ke rumah-Nya

kuharap ALLAH melindungimu dari sebarang bahaya

walau seberat mana pun rencana ALLAH untukmu

kuharap ALLAH tetap melindungi imanmu

kuharap ALLAH memelihara hatimu dan hatiku

sehingga tiba saatnya kita halal bersama

cukuplah ALLAH sebagai pelindung untukmu.

Monday, November 8, 2010

Poker sebagai kerjaya..Apa kejadah???



Poker sebagai kerjaya..?? apalah aku mengarut ni.. selalu orang buat post blogging sebagai kerjaya.. ini pelik-pelik je yang aku tulis.. Hurm.. sabar-sabar.. korang tengok gambar tu dah tau post ni nak cerita pasal judi.. Aku nak ajar korang main judi ke..?? ish..ish.. haram tu...

Korang sendiri tau main judi itu haram.. jadi.. aku tak nak komen lebih-lebih..faham-faham sendiri lah ye.. Siapa tau poker tu apa..?? poker tu judi juga lah kan.. post aku kali ini nak story sikit pasal fenomena baru masyarakat kita zaman sekarang ni apabila dah gila taksub main facebook. Aku rasa rata-rata pengguna facebook baik lelaki atau perempuan mesti pernah main game zynga poker kat dalam facebook tu..

Game poker dalam facebook tu bukannya game judi betul.. game tu untuk suka-suka je.. kalau kalah pun tak rugi apa.. menang pun tak untung apa.. tapi.. korang tau tak.. sebenarnya ramai orang dah gila-gila main game poker ni.. sampai tak pergi kerja dan tak tidur malam sebab 24jam dok mengadap laptop layan game poker.. ada juga yang curi-curi main poker time kerja sampai satu kerja pun tak siap..

Bagi aku .. walaupun game ini game yang berkonsep kan judi... tetapi ianya tidak salah sebab tidak melibatkan duit.. tak tau lah jatuh haram ke tidak.. sebab just permainan suka-suka je.. tapi kalau dah tahap buang masa tu.. boleh jatuh berdosa juga.. sebab melalaikan.. betul tak..?? yelah.. kalau dah main game.. semua benda lupa.. khayal dengan permainan duniawi.. tak salah kalau nak main.. aku sendiri pun kadang-kadang layan juga.. tapi takda lah taksub sampai boleh emo kalau kalah. Hurm.. okay..okay.. kenapa aku tulis tajuk post ni poker sebagai kerjaya... kalau korang nak tau korang teruskan membaca...



Zaman sekarang ni orang akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkan duit. Korang tau tak.. dengan hanya bermain game poker yang kat facebook tu.. ada yang berjaya menjana duit sehinggan RM 300 sehari.. inilah dunia.. semakin hari semakin pelik.. tetapi itulah hakikatnya.. Ramai budak-budak mahupun orang tua sekarang ni gila-gila main zynga poker kat favebook tu semata-mata untuk dapatkan duit lebih, dan bayangkan kalau sehari boleh dapat income lebih dari seratus.. kalah duit gaji sebulan tu..

Macam mana diorang dapat duit..?? Pemain-pemain poker tegar ni.. sekarang dah tahap jual chip poker.. disebabkan game ini dah popular gila sampai manusia taksub main benda ni.. ada yang sanggup berhabis duit untuk beli chip poker tersebut.. kalau tak silap akulah.. harga pasaran untuk satu juta chip poker ni dalam lingkungan 5 ringgit ke 6 ringgit untuk nilai satu juta chip, siap dah ada jadi dealer tu.. korang kira lah.. kalau diorang menang sehari dalam 50juta.. dah berapa duit diorang dapat kalau dioarang jual chip diorang tu..

Isu-nya ialah.. apa pandangan korang terhadap duit yang diorang dapat hasil dari penjualan chip game itu tadi.. halal atau haram..?? sesiapa yang pandai tu boleh jelaskan kat sini tak untuk kefahaman sesama kita.?? Sebab apa.. sebab ramai dah aku tengok kawan-kawan aku sekarang ni dah terjebak dengan game ni semata-mata untuk mendapatkan site income.. pastu sampai ada yang lupa nak buat kerja-kerja yang sepatutnya diorang buat..

Bagi aku lah.. tak guna kita kejar duit yang sedikit itu.. kalau benda tu boleh menjejaskan kerjaya kita. yelah.. kalau dah dok layan poker sampai pagi... jawabnya memang tak pergi kerja lah.. pastu tak pasal-pasal kena buang kerja.. takkan korang nak jadi pemain poker sepenuh masa.. tak ada faedahnya lah.. dah nama pun judi.. kalau sentiasa menang okaylah.. kalau dah kalah je.. apa pun korang tak dapat..

Ini pandangan peribadi aku je.. bagi aku tak salah kalau kita main game poker kat facebook tu untuk suka-suka je.. tapi itulah manusia.. benda yang elok-elok tak salah jadi salah..sebab terlebih pandai.Memang itu hak masing-masing.. tapi jangan disebabkan korang.. mufti keluarkan fatwa mengharamkan penggunaan facebook.. siapa susah.. kitorang yang takda kena-mengena ni juga yang susah.. okaylah, bagi yang ada pandangan yang bernas tu.. meh kongsi kat sini untuk direnungkan bersama.. papepun jom layan lagi kat bawah ni.. xoxo..!!

Tiada tajuk...

"kadang2 kita tidak tahu mengapa kita perlu ketawa di saat hati terasa ingin menangis"

Monday, November 1, 2010

##kekuatan cinta hakiki..##

Ya ALLAH...
aku lihat...........
ada mereka yang sedang bergembira.
bercanda mesra diatas nama cinta.
bergelimang perasaan yang aku tidak pasti mana halalnya.




Ya ALLAH
aku dengar....bujukan rayu sang kekasih.
kepada dia yang dikasihinya.
dengan lembut nadanya.
yang membuatkan aku mual mendengarnya.
tetapi aku sering kali terdengarnya.

Ya ALLAH
Perahu lusuh hatiku ini.
Belum disi dengan nama cinta manusia..
Cinta manusia yang tidak halal sebelum sampai waktunya..
Aku mohon YA ALLAH..
Tetapkanlah Hatiku mencintaimu..menyayangimu...
Janganlah kau pasungkan hati ini walau sesaat..
Aku tidak mampu untuk mengayuh perahu lusuh hatiku ini..
Tanpa kodrat dan bantuanMU...


Ya ALLAH
Peliharalah dia yang mencintaimu..
Peliharalah dia yang mencintai mereka yang mencintaiMU..
Sampaikanlah kasih mereka kepadaku..
Biar aku dapat rasakan bagaimana rasanya bercinta dengan MU sepenuh hati...

Sesungguhnya aku adalah hamba yang lemah.
yang Engkau sudah ketahui sejak awal penciptaanku..
Maka........
Peliharalah aku dari cinta dunia ya ALLAH.
Agar hanya dapat ku semai cinta MU yang kian menyubur.....

Puteri rindu tak boleh diubah sayang tak boleh dipaksa

kalau takda perasaan rindu ni takleh agaknya..
aku tak suka perasaan yang menjerat diri sendiri
perasaan yang mampu buat aku bertindak diluar kawalan..
perasaan yang mampu buat aku terduduk,tersandar..
sakit merindu tak sama dgn sakit ditinggalkan..tambah2 rindu kat sesuatu yang tak pasti..
macam kawan aku rindu kat gf org..tu lagi sakit..sabar la kawan..jalan ada didepan,terbentang..
antara kau milik dia atau dia milik yang lain..sabar dan terus bersabar..
yang pasti aku tau kau merindu..
rindu sesuatu yang tak pasti..

tapi kadang2kan ada yang bagi tau..berkwan dgn gf org adalah sesuatu yang mampu buat kita happy,smile always..non stop laughing..tapi kenyataan dia bukan milik kita..sbb itula batasan berkawan dia tau macamna berkawan..tapi kawan tak mustahil satu hari nnti disbbkan kenangan dia milik kau..milik abadi..
setiap sabar yang diuji bermakna setiap detik kau diperhati....insyaallah..

Friday, October 29, 2010

sebelum dan selepas...

CINTA
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama selamanya

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

KASIH
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.

SAYANG
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada! :-)
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada masalah, tak mau cerita.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam - lebam.


HATI
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... habis nak buat macam mana?

~~____CINTA TIDAK PERNAH MEMINTA____~~


Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan..

Thursday, October 7, 2010

Perbezaan Lagenda Budak Setan Dengan Ali Setan Sekarang..


Bismillahirrahmanirrahim.....

Apabila disebut nama Azmil Mustapha , majoriti generasi muda tidak akan dapat mengecam siapa orangnya. Tetapi sebut saja Ali Setan , ‘berkat’ daripada siaran ulangan filem tersebut di kaca televisyen , semua orang tidak kira yang kecil atau dewasa dari kalangan peminat filem Melayu pasti mengenal pelakon tersohor Malaysia dekad 80-an ini. Azmil, 55 (umur yang dikira beliau mengikut takwim hijri 22 Safar 1375H) adalah antara sebilangan artis di Malaysia yang melakukan ‘penghijrahan’ daripada kehidupan yang penuh ‘lagha’ kepada pengabdian diri kepada Allah.

Penampilan terakhirnya adalah sebagai Pengiran Demak dalam filem ‘Puteri Gunung Ledang’; watak yang diilakonkan setelah syarat-syaratnya yang ketat diterima penerbit. Duda (mempunyai seorang anak dengan bekas isteri pertama dan empat dengan isteri kedua) dari Shah Alam, Selangor ini telah musafir ke Syria sejak setahun lalu untuk mempelajari bahasa Arab dan ilmu agama.

Wartawan Global Media Channel (GMC) berkesempatan menemuramah Azmil di Kota Bharu (beliau kembali ke Malaysia sempena cuti semester pengajiannya) yang hadir memenuhi undangan untuk menyampaikan ceramah kesedaran Islam anjuran PAS Kawasan Ketereh baru-baru ini.

Kenapa saudara memilih untuk ke Syria?

Saya buat solat hajat, minta dengan Allah, saya nak cari tempat belajar, Allah berikan petunjuk belajar di Syria. Dengan duit yang saya dapat dari menyampaikan ceramah-ceramah kesedaran Islam sebelum itu di Malaysia, saya terbang ke Syria dengan anak-anak saya.

Saya belajar Bahasa Arab di Maahad Taalim Lughatal Arabiah Lil Ajnabi (Institut Pengajian Bahasa Arab Bagi Orang Asing).Kalau saya terus masuk kelas (pengajian agama) anjuran syeikh-syeikh pun saya tak reti Bahasa Arab. Jadi saya belajar Bahasa Arab dahulu. Sementara itu saya belajar Al-Quran, tajwid dan tasmi’ dengan syeikh-syeikh. Saya juga belajar dengan pelajar-pelajar Malaysia yang ada di Syria.

Sejak bila sebenarnya saudara ke sana?

Sudah setahun. Saya pergi redah sahaja. Tak ada buat rancangan. Dengan empat orang anak saya turut bersama (tiga perempuan dan seorang lelaki). Yang sulung kemudiannya balik untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini. Jadi kekallah tiga orang yang tinggal bersama saya di sana. Anak saya Noramalia Batrisya ,15, dan Mohd. Bazli Shafri, 13, belajar di Jami’ Abu Nur, sebuah kolej Islam antara yang termasyhur di Syria. Yang kecil baru masuk umur tujuh tahun dan belajar di darjah satu. Enam bulan pertama mereka dimasukkan dalam kelas bahasa Arab. Tidak ada masalah untuk mereka mengikuti pengajian dan sekarang sudah fasih berbahasa Arab. Saya amat puas hati dengan perkembangan mereka.

Puas hati macam mana?

Dengan perubahan perwatakan. Di Malaysia, dekat Shah Alam tempat kami tinggal dahulu banyak pengaruh yang tidak sihat. Cara hidup moden . Tapi di sana mereka mengaji Quran tiap-tiap hari, solat tidak tinggal dan pergaulan dijaga. Malah mereka sempat menasihati kakak yang pulang ke Malaysia “jangan tengok lelaki” bukan berkawan, tengok pun mereka tak bagi.

Di sana pergaulan antara lelaki dan perempuan amat dibatasi. Kita payah nak lihat pergaulan secara bebas berlaku. Duduk satu meja pun tak ada. Kalau di Yaman, negeri yang berjiran dengan Syria, dalam bas kalau hanya ada seorang wanita yang menjadi penumpang , yang lelaki tidak akan naik dan sanggup tunggu bas yang lain datang untuk dinaiki. Bimbang timbul fitnah walaupun hanya sebagai penumpang. Masing-masing sangat prihatin untuk menjaga perkara ini.

Antara perubahan yang ketara saya dapat lihat adalah pada anak perempuan saya, Noramaliya. Dia sebenarnya pelajar yang lemah. Semasa bersekolah di Malaysia, biasanya dia mendapat kedudukan 35 ke bawah. Dulu tinggal di Shah Alam, dia selalu ponteng sekolah. Tengok wayang di KLCC. Pergi ke sekolah tapi dalam beg ada pakaian lain untuk ditukar. Itu dah memang menjadi tabiat pelajar sekolah di Malaysia. Sampai di Syria, dia jadi pelajar yang terbaik. Padahal dalam kelas ada pelajar-pelajar luar negara yang lain seperti dari England, Afrika Selatan, Kazakhstan , China dan lain-lain. Dia yang muncul pelajar terbaik

Bagaimana saudara menyara kehidupan di Syria?

Tidak ada pendapatan tetap tapi saya sangat bernasib baik kerana mendapat bantuan. Saya diberi tempat tinggal percuma oleh seorang Syeikh di sebuah apartmen di pinggir Damsyik. Saya akui duit pun tak banyak tapi diam tak diam sudah sampai setahun saya di sana dan tidak timbul sebarang masalah besar. Kita kena yakin rezeki itu datang daripada Allah. Ada saja duit yang masuk. Sentiasa ada bantuan diterima kerana saya dan anak-anak dikira orang yang sedang menuntut ilmu.

Malah ia sampai ke tahap saya kadang kala terpaksa buang makanan yang diberi oleh jiran kerana terlampau banyak. Dan di sana kita yang pergi belajar dengan Syeikh ini bukan kita yang membayar Syeikh tapi mereka pula yang memberi duit pada kita. Perkara ini sudah jadi kebiasaan orang Syria . Jika tidak pun, dia akan beri kita roti setiap kali pergi belajar. Pergi solat Jumaat pun dapat duit. Budaya memberi amat dititikberatkan. Paling kurang, yang dewasa akan menyediakan gula-gula dalam poket untuk diberi kepada kanak-kanak.

Saya juga terkejut kerana kadang-kadang menerima sumbangan yang nilainya mencecah RM1000. Kalau yang kaya lebih lagilah mereka sumbangkan. Anak kepada Syeikh yang menyediakan rumah percuma untuk saya pernah menyumbang jutaan ringgit kepada fakir miskin dalam bulan Ramadhan. Kenapa saudara fikir perubahan-perubahan positif sama ada kepada anak atau saudara sendiri boleh berlaku? Adakah perbezaan antara Syria dan Malaysia ini begitu ketara sekali sedangkan kedua-duanya adalah bumi orang Islam?

Bumi Syria ini ada kelebihan. Saya daripada kecil sampai besar memang belajar di sekolah yang tidak berasaskan kepada Islam. Saya menuntut di dua buah sekolah mubaligh Kristian iaitu La Salle Institution dan St John Institution. Dari situ saya menyambung pula pelajaran ke Indiana University di Amerika. Daripada kecil sehingga dewasa, saya tidak pernah belajar dan khatam al-Quran.

(Di Amerika , Azmil belajar dengan pengkhususan dalam penerbitan televisyen, radio dan filem. Beliau hanya tinggal tiga lagi jam kredit untuk dihabiskan sebelum dihantar pulang ke Malaysia oleh Jabatan Imigresen Amerika. Tindakan itu diambil ketika Amerika membuat penapisan orang-orang Islam dari negara luar berikutan kemenangan kumpulan Islam (Syiah) menjatuhkan kerajaan beraja Shah Mohammad Reza Pahlavi. Azmil dikesan bekerja sambilan walaupun syarat hanya membenarkan pelajar luar yang mempunyai 12 kredit atau lebih sahaja untuk berbuat demikian. Ayahnya Dato’

Mustapha Kamil Yassin, bekas pensyarah di Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia tidak mahu Azmil mengambil biasiswa kerana kedudukannya sebagai kakitangan kerajaan gred A. Mula-mula saya berubah dulu nak baca surah al- Fatihah pun tak boleh. Kena baca mengikut tulisan rumi. Nak sembahyang semua ayat kena ditulis ke huruf rumi. Tak pernah dapat hafal. Sehinggalah apabila saya ke Syria.

Di sana, anak-anak saya belajar Al-Quran dengan seorang syeikhah (ustazah) di rumahnya. Selepas sebulan syeikhah tersebut datang melawat ke rumah. Dia mahu melihat keadaan keluarga macam mana. Bila datang dia meminta saya mengajar anak-anak. Dia suruh saya baca satu surah. Bila “check” ayah baca pun tak betul, dia pun minta anak muridnya yang lain tolong ajarkan anak-anak saya.

Tapi alhamdulillah berkat mengaji tiap-tiap pagi, kini saya sudah boleh menghafal satu, dua muka surat dengan senang. Ini memang saya pelik. Saya rasa ini memang kesan tinggal di bumi Syam (Syria), bumi para anbiya’.

Dahulu negara ini tertutup. Sebab ia mengikut pengaruh Rusia. Jadi negara lain menyisihkannya. Apabila Syria disisihkan, ia sebenarnya terselamat. Macam di Malaysia, apabila dibuat dasar terbuka, semua pengaruh dapat masuk, ia merosakkan kita. Budak-budak sekarang budaya sendiri pun tak kenal . Dan dia tak mahu ikut. Dia lebih seronok ikut budaya asing, budaya Barat. Budaya ini di Melayukan dengan bahasa. Tapi isinya tetap dari pengaruh yang menyimpang dari ajaran Islam.

Adakah kerana saudara bimbangkan keadaan begini sehingga sanggup membawa anak-anak jauh dari Malaysia? Azmil Mustafa Sebab benda inilah saya bawa anak-anak keluar. Bila saya bawa anak-anak keluar, ada kawan-kawan yang tegur saya ” Jadi anak kamu ini tidak ada SPM. Macam mana nak cari kerja?”

Saya jawab balik, “Rezeki itu kerana Allah bukan kerana SPM”. Orang ada SPM pun berlambak tak ada kerja. Ada ijazah UM pun tak ada kerja. Ada Master USM pun tak kerja. Kita kena ingat rezeki itu dari Allah.

Sekarang anak-anak saya sudah hafal Juzuk Amma. Saya percaya dalam tiga empat tahun lagi, Insya Allah satu Quran tu dpat habis dihafal. Itu lebih berharga. Kalau dia jadi arkitek atau jurutera tapi Quran pun tak tahu buat apa. Macam saya dulu jadi pengarah filem tapi Quran pun tak tahu, buat apa?

Memberi pendidikan Islam pada anak-anak sehingga sampai berhijrah ke Syria. Orang lain mungkin tak berpeluang berbuat demikian macam saudara.?

Saya rasa kalau kita ajar anak kita cara Islam tak ada kekurangannya bagi saya. Malahan Allah mungkin akan mecurahkan kemudahan kepadanya. Sekarang kita kongsi raya, kita kongsi hukum, kongsi taraf atau standard Islam dengan yang lain. Kita membandingkan ajaran Islam dengan yang Barat.

Kalau tak seperti Barat, kita anggap standard kurang. Kita campur aduk hukum Allah dengan hukum kafir. Inilah yang saya nampak masalah kita pada hari ini. Ini pun nak berlaku di Syria pada hari ini. Kalau di negara kita lama dah dijajah 500 tahun dahulu dan kita masih ‘terjajah’. Syria ini dia baru terbuka tak sampai 10 tahun. Jadi generasi dia sekarang dia baru rosak.

Kalau kita di Malaysia, kerosakan bermula sejak dari generasi bapa kita dahulu. Mareka agungkan England dan Amerika.

Tetapi bagi saya , kalau orang Syria nak ikut barat pun, agaknya kena juga dengan fizikal mereka itu. Tapi kita Melayu pun nak mata warna biru, rambut warna perang. Tak kenalah. Nampak janggal sangat kalau yang Melayu nak tiru.

Bagaimana kita hendak menghadapi perubahan budaya sebegitu ? Di Syria, guru-guru yang pegangannya kuat masih bertahan. Kita di Malaysia, lebih banyak yang kebaratan daripada Islam. Kita di sini mereka yang nak kepada Islam sedikit, yang nak kepada barat banyak.

Dari sekolah itu yang diajar. Supaya kita bersedia dengan pengaruh dan sistem barat. Sekolah-sekolah kita, tamat persekolahan kita berpeluang belajar sampai ke universiti di Amerika, di England. Tetapi kalau kita keluar dari pondok atau sekolah agama, peluang sambung belajar itu tidak seberapa.

Apa yang kita lakukan adalah untuk menyesuaikan diri kepada budaya barat. Dan ini kita tak sedar. Kita seolah-olah nak menyediakan diri masuk ke institusi dan sistem yang kerap kalinya meruntuhkan jati diri Islam..

Dan yang peliknya, orang tidak bimbang kalau yang keluar tingkatan enam sekolah biasa tak boleh baca Alif Ba Ta. Nak masuk sekolah tahfiz pun payah sebab tak kenal huruf walaupun tamat tingkatan enam. Benda ni dah berlaku sejak zaman dulu lagi dan kita tidak sedar.

Saya cakap kepada seorang sahabat di Syria kenapa kamu ghairah nak buka peluang kepada barat. Saya dah tengok keadaan di negara saya apa yang berlaku. Dia kata mereka pun nak moden. Moden apa? Moden nak tengok anak-anak terbuang di tong sampah. Moden nak tengok anak-anak mati sia-sia kerana terlibat denbgan lumba haram. Itu moden buat apa. Pembangunan sedemikian yang membangun hanya bangunan dan jalan raya. Akhlak runtuh.

Akhlak diruntuhkan kerana nak mencantikkan bangunan dan jalan. Sebab itu fikirlah, kerana tak ke mana kita dengan pembangunan sebegitu.

Kenapa remaja dan kita sendiri sebenarnya cenderung untuk meminati budaya hiburan?

Sebab memang sudah disediakan sejak daripada dulu. Pendidikan dan cara hidup disediakan untuk membolehkan anak-anak bersedia menerima sistem yang menyimpang dari bukan untuk menjadi hafiz atau ulama’. Penyediaan dilakukan untuk membawa masyarakat ke arah keseronokan.

Kalau kita tengok babak dalam filem Melayu, babak minum arak , berdansa, sejak dari zaman P Ramlee sudah ada.

Sejak sekolah lagi , anak-anak dibiasakan dengan budaya Barat. Ada sukan gimnastik sampai terkangkang anak-anak diajar guru; sukan renang, jadi separuh bogel. Kita disediakan untuk menerima budaya barat. Mana kita amalkan hukum syariah ? Itu masalah kita.

Pada pandangan saudara, masalah keruntuhan akhlak ini bagaimana nak diselesaikan?

Sekarang kita taat pada hukum yang tidak berpaksikan Islam. Undang-undang yang dimulakan oleh British dahulu. Cuba kita gunakan hukum syariah, saya percaya gejala sosial yang teruk dalam negara dapat dikurangkan sebab kita menyediakan masyarakat untuk ke akhirat. Sekarang kalau membabitkan hukum Allah, ia dikira hak persendirian. Anda hendak buat atau tidak, itu pilihan anda sendiri. Tapi mereka (kerajaan) tak galakkan pun. Itulah masalah sekarang.

Bagaimana kita nak menyedarkan masyarakat?

Islam ini mesti dijalankan bermasyarakat. Tapi tanggungjawab itu tetap pada diri sendiri. Kita sendiri mesti mulakan dahulu . Contohnya kita dilatih berpuasa sama ada di dalam atau dil luar rumah. Walau di mana pun kita tahu Allah melihat.

Sebab itu kita kena buat pilihan. Dua sahaja pilihan kita. Sama ada ikut jalan Allah atau ikut syaitan. Tidak ada jalan tengah. Tidak ada kompromi. Setiap benda yang berlaku dalam masyarakat dunia hari ini kita kena buat pilihan antara yang benar dengan yang tidak. Gunakan akal.

Islam ini agama untuk yang tahu berfikir. Bukan taat buta tuli. Kalau kita gunakan akal fikiran baru kita sedar. Kita kena fikir tentang keesaan Allah. Ini yang kita kena ajar anak-anak. Sekarang apa yang diajar kena cari duit banyak-banyak. Bila ikut cara Islam barulah ada keberkatan.

Berbalik kepada dunia hiburan, adakah tidak ada ruang sebenarnya untuk ia menjadi lebih baik?

Boleh kalau industri kita industri yang beriman. Tapi industri kita meniru Bollywood, Hollywood, Hong Kong dan lain-lain. Kita menuju ke arah keruntuhan. Ini yang bahayanya.

Nasihat kepada rakan artis

Pendek sahaja ; Allah melihat apa yang kamu buat.

Wallahualam.....

Wednesday, October 6, 2010

Jangan tanyakan aku....



Jangan tanyakan aku tentang hidupku,
Ia adalah sebuah rahsia kehidupan, Ia adalah anugerah, ia adalah ujian. Ia adalah dunia penuh dengan cita-cita Aku telah.....


Begitulah sedikit dari baris-baris dari lagu nasyid yang sungguh menusuk jiwa. Termenung aku sejenak apabila terdengar nasyid ini, apabila aku ikuti baris-demi baris, sememangnya aku menginsafi diriku. Tiada apa sumbanganku pada agama ini. Sedangkan orang lain berlumba-lumba membuat amal kebajikan. Teringat cerita sang pipit yang berusaha memadamkan api tatkala nabi Ibrahim (a.s) dibakar oleh Namrud yang kufur.
Binatang lain memperlekehkan sang pipit yang berusaha sedaya-upaya untuk memadamkan api mengambil air dengan paruhnya. Apa yang dapat dilakukan oleh sang pipit berbuat demikian, sehingga tidak dapat memberi kesan kepada api yang marak. Lantas dijawab oleh pipit, dia takut ditanya oleh Allah, apakah sumbangannya tatkala Nabi Allah Ibrahim dibakar.

Dalam kehidupanan kita, tidak lepas dari cita-cita dan panjang angan-angan. begitu juga aku, ingin mengejar kejayaan, kegemilangan dan harta dan sebenarnya ianya adalah ujian bagi diri ku. Mereka yang berjaya di dunia dan akhirat adalah orang yang mengikut jalan rasul sebagaimana yang ditunjukkan oleh Al-quran. Sehingga mereka terus berjihad di jalan Allah. Sama ada Jihad untuk mengajarkan ilmu, berdakwah, menginfaqkan harta dan seterus Jihad Fisabilillah. Dan amatlah buruk dan tercela orang yang tidak dapat memberikan apa -apa sumbangan hatta sedikit untuk agama Allah sebagaimana sebaris dari lagu nasyid ini '' Jika tidak alangkah buruknya kewujudanmu" . Ya Allah , jadikan aku orang yang dapat memberikan walaupun sedikit sumbangan kepada agamaMu, sebelum nafasku terhenti....

kaya