THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

widgeo.net

Wednesday, October 6, 2010

Jangan tanyakan aku....



Jangan tanyakan aku tentang hidupku,
Ia adalah sebuah rahsia kehidupan, Ia adalah anugerah, ia adalah ujian. Ia adalah dunia penuh dengan cita-cita Aku telah.....


Begitulah sedikit dari baris-baris dari lagu nasyid yang sungguh menusuk jiwa. Termenung aku sejenak apabila terdengar nasyid ini, apabila aku ikuti baris-demi baris, sememangnya aku menginsafi diriku. Tiada apa sumbanganku pada agama ini. Sedangkan orang lain berlumba-lumba membuat amal kebajikan. Teringat cerita sang pipit yang berusaha memadamkan api tatkala nabi Ibrahim (a.s) dibakar oleh Namrud yang kufur.
Binatang lain memperlekehkan sang pipit yang berusaha sedaya-upaya untuk memadamkan api mengambil air dengan paruhnya. Apa yang dapat dilakukan oleh sang pipit berbuat demikian, sehingga tidak dapat memberi kesan kepada api yang marak. Lantas dijawab oleh pipit, dia takut ditanya oleh Allah, apakah sumbangannya tatkala Nabi Allah Ibrahim dibakar.

Dalam kehidupanan kita, tidak lepas dari cita-cita dan panjang angan-angan. begitu juga aku, ingin mengejar kejayaan, kegemilangan dan harta dan sebenarnya ianya adalah ujian bagi diri ku. Mereka yang berjaya di dunia dan akhirat adalah orang yang mengikut jalan rasul sebagaimana yang ditunjukkan oleh Al-quran. Sehingga mereka terus berjihad di jalan Allah. Sama ada Jihad untuk mengajarkan ilmu, berdakwah, menginfaqkan harta dan seterus Jihad Fisabilillah. Dan amatlah buruk dan tercela orang yang tidak dapat memberikan apa -apa sumbangan hatta sedikit untuk agama Allah sebagaimana sebaris dari lagu nasyid ini '' Jika tidak alangkah buruknya kewujudanmu" . Ya Allah , jadikan aku orang yang dapat memberikan walaupun sedikit sumbangan kepada agamaMu, sebelum nafasku terhenti....

Berseronok lagikah kita.......

Assalamualaikum sahabatk2ku sekalian...semoga ALLAH merahmati kita semua.. hari ini aku kongsikan satu saat kematian..hamba ALLAH yang berjuang di jalan ALLAh...semoga tatapan ini akan membuka minda kita yang sering berada dalam keseronokan hari ini....

Saat-saat akhir seorang mujahid, yang dikenali sebagai Abu Dujana, di Wilayah Nokhchicho (Chechnya) dalam Imirat Kavkaz (Wilayah Kaukasus) selepas mengalami kecederaan teruk dalam konfrontasi dengan tentera Rusia dalam tahun 2010. Semoga Allah menerima kesyahidan beliau dan memberi kekuatan kepada barisan mujahideen Chechen menentang tentera kafir dan pengkhianat. AMIN ~


kaya