THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

widgeo.net

Saturday, August 28, 2010

Cinta Hakiki & Cinta Nafsu. Di mana kedudukan Kita?


Assalamualaikum…

Apa yang kita faham tentang cinta?
Cinta itu memang indah dan Cinta memang ada pada setiap manusia, tapi kita perlulah berhati² dengan Cinta. Berbagai² kemungkinan boleh berlaku kerana Cinta, malah ada yang sanggup bunuh diri kerana CINTA. Ada juga yang kurang siuman dan hidupnya tidak terurus disebabkan oleh CINTA.
Cinta terbahagi kepada dua iaitu Cinta Hakiki dan Cinta Nafsu. Oleh itu, kitalah yang akan menentukan samada cinta yang lahir dalam diri kita itu adalah cinta yang berlandaskan syariat ALLAH atau cinta mengikut NAFSU semata².

Sebelum kita mengetahui apa itu Cinta Hakiki dan Cinta Nafsu di sini saya terangkan sedikit makna cinta. "Makna Cinta yang saya post di sini bukanlah ciptaan atau definisi saya sendiri tetapi saya ambil dari kata² ‘Ustaz Kazim Elias’ dalam ceramah beliau yang bertajuk ‘Ibu Mertuaku’."
Jadi moga² kita sama² beroleh sedikit manfaat…

Apa itu Cinta…???
"Cinta adalah 2 Hati menjadi 1. Dua orang Hati Satu"
Itulah dinamakan CINTA..
Setiap manusia ada perasaan Cinta. Jadi Cinta adalah perasaan yang telah Allah kurniakan kepada setiap manusia.
Kita tidak boleh halang seseorang jatuh Cinta, tapi kita cuma boleh bimbing Cinta itu ke arah kebaikan. Cinta itu mestilah bersih dan murni. Jangan cemari Cinta dengan perkara yang cemar dan dosa. Selalunya Cinta itu akan berakhir dengan perkahwinan.
Tetapi cinta itu juga sebenarnya ialah tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan.

Contohnya:
“Tipah Abang sayang kamu, Abang cinta pada kamu, tapi Tipah Abang nak bagitau pada kamu, Mak Abang tak suka pada kamu”
“Sebab apa Abang”
“Entahlah Tipah, mungkin kamu tak reti masak Tom Yam” sebab itu Mak Abang tak suka pada kamu.. Mak Abang berkeras tak bagi kita kahwin, Abang dah usaha berbagai cara tapi Mak Abang tetap tak bagi kita kahwin..
“Abang takut kalau kita kahwin nanti Tipah kena siksa dengan Mak, Tipah kena pulau dengan Mak, hidup Tipah akan sengsara kalau Abang kahwin dengan Tipah. Oleh sebab Abang CINTA pada Tipah Abang tak mau Tipah hidup susah dan menderita, jadi tak jadilah kita kahwin Tipah.”

Haa.. Itulah dinamakan CINTA..

“Kenapa kamu tak kahwin dengan Tipah Man?”
“Aku tak kahwin dengan dia sebab aku Cintakan dia..
“Hai.. Kalau Cinta kena la kahwin”
“Tak..! aku takut kalau aku kahwin dengan dia Mak aku seterika dia, mak aku belasah dia.. Dia akan menderita jika dia kahwin dengan aku.”

Aku tak mau kahwin sebab itulah..
Adakah kamu nak tengok isteri yang kamu sayang diperlakukan sedemikian? Jadi, kalau kamu cinta kepada dia bukan setakat kamu bagi senang kepada dia, malah mak bapak kamu pun bagi senang kepada dia. Tapi kalau kamu sorang bagi senang kepada dia, mak bapak kamu tak boleh terima dia, dan mereka akan menyiksa jiwa raga dia nanti. Jadi, kalau mcam tu tak payah la kahwin.
Itulah dinamakan CINTA.

Hakikatnya semua orang akan mengatakan bahawa kalau bercinta mestilah berakhir ke jinjang pelamin. Tidak! Cinta tidak semestinya berakhir di jinjang pelamin, Cinta juga tidak semestinya berakhir dengan genggam tangan Tok Kadi.
Oleh itu CINTA sebenarnya ialah nak bagi senang antara pasangan dan hati menjadi tenang. Salah satunya adalah datang keredhaan kepada mak bapak dan mereka akan menerimanya sebagai ahli keluarga.

Oleh itu carilah calon yang ibu bapa kita redha, Insya Allah akan mendapat rahmat Allah.
Jadi kita kena faham apa itu maksud CINTA. Sesiapa yang belu faham makna CINTA kenalah belajar memahaminya dulu sebelum bercinta..

OK lah dah faham apa makna CINTA jadi kita beralih pula kepada maksud CINTA HAKIKI dan CINTA NAFSU.

“Cinta yang HAKIKI ialah cinta oleh akal dan hati. Tanpa melihat atau berjumpa, ia sudah bertaut dan dapat dirasa kerana yang bersatu adalah hati, bukannya fizikal dan ia disatukan oleh tali Allah dan bukannya oleh nafsu dan kepentingan diri.”

Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak. Tetapi pergerakannya perlu diatur dan dikawal. Begitulah juga dengan CINTA, ia adalah kuasa, tetapi kuasa itu memerlukan peraturan dan kawalan. Sebagaimana jasad memerlukan makanan, begitulah jua halnya dengan jiwa yang memerlukan CINTA.

Cinta Suci tidak memerlukan semua itu. Ia tumbuh atas dasar tapak yang murni dan selalunya didorong oleh faktor agama, akhlak, kewibawaan dan keperibadian yang baik. Dorongan dan rangsangan yang menyuburkan Cinta ini tidak memerlukan kata-kata luahan yang indah. Namun, body language sudah cukup membuktikan betapa dalamnya Cinta ini. Kebiasaannya, Cinta Suci seperti ini pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahan. Bahkan jika diizinkan Allah, ia akan bersambung di akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di akhirat.

Jikalau cinta seseorang itu benar² hanya kerana Allah, dia akan lebih khusyu' dalam solatnya dan semakin bertambah pula amal ibadat dan ketakwaannya kepada Allah. Sebaliknya, jikalau hubungannya dengan Allah semakin renggang dan mengarahkan dirinya melakukan perkara-perkara yang merugikan dan melelaikan, itu ertinya Cinta NAFSU.

Cinta yang bersalut nafsu akan mudah diganggu oleh syaitan. Maka akan berlakulah zina hati dan mata. Jika demikianlah keadaannya, bagaimana akan khusyu' solatnya? Orang yang sebegini sifatnya jikalau dia mengaku yang Cintanya itu dibina atas dasar Cinta kepada Allah jelaslah yang dia telah menipu dirinya sendiri. Mustahil boleh bersatu dua unsur yang berlainan dalam satu masa sebagaimana sukarnya air dan minyak bercantum menjadi satu. Oleh yang demikian, bimbinglah diri kita supaya kita mendapat Cinta HAKIKI. Insya Allah…

P/s : Aku bukanlah insan sempurna... Aku hanya insan biasa yang tak sepi dari melakukan kesilapan.. Moga Allah akan sentiasa mengampunkan segala kesilapan dan kealpaan ku...
Diri sendiri pun belum ketemu CINTA HAKIKI…(calon isteri) huhu.

Friday, August 27, 2010

Kejadian malam dI PuLau














Saturday, August 21, 2010

Atuk ku sudah pulang.....

today dengan selamatnya atuk aku dah sampai ke rumah selepas balik dari umrah. Alhamdulillah~ balik dri penang baru dapat jumpa.. hehe.. atuk dah botak! cool~ kan atuk kan.. hurm. lepas maghrib semua pun kumpul kat umah atuk.. tengok CD Jejak Rasul atuk beli dari sana. tengok ramai2 seronok. lagi cerita diorang berlakon macam real jer. eh gambo atuk mane? alor... x sempat snap la tuk~ hehe>>tak pe2 nnt aku upldkn ye..ade skit je pic atuk hehehe.....
atuk belikan sikit ole2 dari sana. dia belikan jubah untuk cucu lelaki and gurl dia... hahahhahaha.. yeahh.. dapat jubah. dah lama nak beli, dah lama suruh mak buatkan.. x beli2 dan x buat2 jugak.. camne? at last dapat jubah lompat guling2.. eh lompat boleh guling ker? ahakz~ suke2~dan budak2 nie.. pun bergaya lah dengan diorang punya jubah, kopiah, bracelet la.. hurm.. macam2 gaya.. yang mak2 nyer pulak sibuk bahagi2kan kurma and kismis~ hm.. i love ATUK. yummy. banyak betul kurma and kismis nie.. suke~

kelebihan bulan Ramadhan


Assalamualaikum warahmatullah,

Kelebihan untuk Ramadan. Mudah-mudahan input ini boleh digunakan untuk memdidik sahabat-sahabat tentang bulan yang istimewa, khusus untuk umat Nabi Muhammad SAW. Semoga bermanafaat...

Ramadan adalah bulan mulia yang mempunyai kelebihan tersendiri antaranya:

1. Ramadan penghulu semua bulan.

Diriwayatkan al-Tabarani dalam al-Kabir, “Penghulu bulan ialah Ramadan dan penghulu hari ialah Jumaat.”

2. Dibuka pintu syurga.

Diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah: “Apabila datang Ramadan, dibukakan pintu syurga, ditutup pintu neraka dan syaitan dibelenggu.”

3. Diampunkan dosa sehingga Ramadan akan datang.

Hadis riwayat Muslim yang diriwayatkan Abu Hurairah: “Solat fardu lima waktu, Jumaat kepada Jumaat dan Ramadan kepada Ramadan, akan diampunkan di antara keduanya sekiranya seseorang itu melakukan dosa besar.”

4. Ganjaran daripada Allah.

Diriwayatkan Muslim daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda bermaksud: “Allah berkata: Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa dan Aku yang akan membalasnya. Bagi orang berpuasa ada dua kegembiraan iaitu kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan berjumpa dengan Tuhannya. Dan perubahan bau mulut orang berpuasa adalah lebih wangi di sisi Allah berbanding haruman kasturi.”

5. Diampunkan dosa terdahulu.

Hadis ini diriwayatkan sebilangan ahli hadis termasuk Bukhari dan Muslim iaitu: “Sesiapa menghidupkan Ramadan dalam keadaan beriman dan ikhlas (kepada Allah), diampunkan dosanya (yang terdahulu).”

6. Diturunkan al-Quran.

Nabi Muhammad SAW berkata: “Diturunkan suhuf Nabi Ibrahim pada awal malam Ramadan dan diturunkan Taurat pada 6 Ramadan dan diturunkan Injil pada 13 Ramadan dan diturunkan Zabur pada 18 Ramadan dan diturunkan al-Quran pada 14 Ramadan.” (al-Mu’jam al-Kabir)

7. Malam Lailatulqadar.

Abu Hurairah melaporkan bahawa Nabi bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharapkan reda Allah maka akan diampuni dosanya yang lalu dan sesiapa yang qiamullail pada malam Lailatulqadar dengan penuh iman dan mengharapkan reda Allah maka akan diampuni dosanya yang lalu.” (Hadis riwayat Bukhari)

8. Dibebaskan daripada api neraka.

“Sesungguhnya bagi Allah hamba yang bebas (daripada api neraka) setiap berbuka, dan demikian itu pada setiap malam.” (Hadis riwayat Ahmad)

kaya