THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

widgeo.net

Tuesday, June 29, 2010

CinTa yaNg GagaL...


Cinta yang agung adalah cinta yang gagal. Cinta ke jinjang pelamin tidak pernah menjadi satu tarikan untuk dijadikan cerita... "Jika si Uda berkasih, bertunang, berkahwin dengan Dara; dan Dara mengandung beranak, bercucu, bercicit, pastilah teater Uda Dara membosankan."

“Romeo dan Juliet tanpa dihalangi percintaan mereka, pasti tidak akan di bangsawankan oleh Shakespear. Babak-babak akhir dalam kisah hidup Jebat adalah kisah cinta mautnya terhadap Dang Wangi. Dr.Zhivago dan Lara, terhalang cinta mereka kerana Revolusi Oktober. Ali dan Nina berpisah juga akhirnya akibat perang.

“Sesekali, seorang suami atau seorang isteri, mungkin teringat juga pada kekasih lama yang ditinggalkan, walaupun kini mungkin hidup dalam bahagia/sengsara berumahtangga. Dalam saat-saat sunyi, hati kecil ingin bertanya, apa yang akan terjadi jika aku berkahwin dengan si anu dan bukan dengan yang ini. Inilah sebahagian keindahan cinta gagal. Berahi cinta yang menolak manusia untuk terus belayar dalam hidup mereka.

Tiada seorang suami atau seorang isteri atau seorang anak muda yang ingin mendengar/ membaca/melihat percintaan klise yang berakhir dengan anak cucu. Cerita dalam satu percintaan gagal adalah kerana dari semua cerita perjalanan sejarah manusia.”

Jadi percintaan yang gagal merupankan satu kelebihan yang menantikan sinar kebahgian yang agung. sesungguhnya kegagalan dalam melayari alam percintaan adalah satu ujian untuk menentukan kebahgian bagi seseorang..

kaya